14 Februari 2010

Penternak Ayam Paling Sibuk

Gua sekarang dah tak banyak masa nak luangkan macam sebelum-sebelum ni. Sejak dah bergelar orang-orang bergaji, gua lebih fokus dalam bisnes jual ayam halal dari Afrika Selatan untuk diberikan kepada masyarakat yang terasa nak makan mewah walaupun diorang tau beg dompet diorang tak setebal buku Ensiklopedia 2009 edisi ketiga.

Gua punya sibuk sampaikan gua sendiri terlupa nak cukur janggut. Hari tu sampai gua dah kena tegur dengan manager gua baru gua menggeletek nak cari shaver. Nasib baik abang gua ada simpan lebih. Gua pakai dia punya je. Nanti cukup bulan gua ganti balik. 10 pun tadahal.

Gua sekarang lebih berminat untuk menjadi sopan santun daripada menjadi kasar kasar. Sebab secara logiknya, customer tak kan berani nak datang makan kat kedai yang servis nya macam celaka. Tapi Alhamdulillah, selama seminggu dah gua kerja, gua tak pernah maki hamun customer yang tak bertimbang rasa secara berdepan. Semuanya gua setel belakang, mencarut dengan brader Nepal dan juga saudara El Ninyo. Seronok macam menang pertandingan catur.

Satu benda gua tak gemar time kerja. Bila customer datang tempah meja sampai 3 4 bijik. Bawak family datang makan. Family kalau yang baru membangun gua tak kisah, kalau sampai nenek yang dah tak ada gigi nak kunyah ayam pun sanggup datang apa pulak? Cucu cicit kalau besar-besar beradap tak apa juga. Ini kan yang makan pakai tangan pun tak reti lagi nak bagi sudu garfu plastik. Sudu entah ke mana, plastik entah ke mana. Nasik gua tau ke mana. Ke lantai semuanya. Shit!!!

Benda paling gua gemar bila kerja, time manager gua sound semua department servis ambik order untuk tapau sahaja. Tu maknanya kedai nak tutup. Waktu dah habis. Syif dah tamat. Ayam dah tidur. Serta manager turut serta dengan kemalasan nak melayan kerenah customer yang asyik mintak refill air. Lagi gua suka bila gua dah nampak exit Alamanda. Fuhh. Lega dia lagi hebat daripada lepas melepas.

Lepas ni gua nak cuba kerja elok-elok. Dalam seminggu gua kerja ada juga kesalahan bodoh yang gua buat. Lepas ni gua nak cuba jadikkan pandai pulak. Baru nampak tak salah. Gua juga nak cuba tak belanjakan duit tip yang customer tinggalkan. Biar terkumpul. Gua nak buat tambang bas gerak Melaka. Gua ada beberapa urusan yang tak selesai lagi kat sana. Entah berapa umpatan dah gua dapat. Mentang-mentang jauh. Habis tersedu dah gua kat sini.

3 ulasan: