08 Januari 2010

Pelajaran Terhenti Gua Cari Kerja

Ramai juga orang yang tak tahu gua dah diberhentikan sekolah ni. Gua tak bergaduh dengan sesiapa pun cuma gua je yang tak sesuai nak belajar kat situ. Mungkin memang bukan rezeki gua untuk menjadi pakar pengkaji mesin-mesin turbo agaknya. Ada hikmah bak kata orang-orang old skool.

Disebabkan gua menunggu lagi 6 bulan untuk menunggu keputusan tawaran Universiti baru dan gua punya pelan semester 2 tak mungkin menjadi, gua ada plan baru. Pertamanya gua nak buat tabung untuk pengajian akan datang. Tabung tu sebenarnya adalah daripada duit simpanan hasil kumpul kerja gua nanti. Gua dah survey kedai Nike. Dia nak pakai orang yang ada rupa Fabregas. Gua dah yakin sangat ni setelah korbankan rambut Albert. Cuma gaya gua gelecek bola je tak sama dengan Fabregas. Biasa lah tu orang Malaysia.

Pelan gua seterusnya gua nak siapkan projek gua dengan beberapa kenalan lama. Lama juga tak jumpa diorang. Entah dah berjanggut ke. Dah ada bini ke. Badan dah susut ke. Dah melebihi ketinggian gua ke. Dah boleh pergi mengundi ke. Dah pandai mencarut ke. Mana tau. Dekat 2 tahun tak jumpa. Lepas ni kerap juga gua akan ke Shah Alam gua rasa. Fender tak ada lagi.

Gua dah sedar bahawa gua dah nak 20 tahun ni. Jadi gua dah berazam gua tak nak main-main kan banyak hati dah lepas ni. Rasa sengsara sengal pun ada. Mak gua pun dah cuba kongkong gua. Nasib baik gua licik. Dapat juga gua rasa teh tarik tengah-tengah malam. Gua ingat lepas ni gua nak cuba rasuah mak gua dengan belanja makan Burger King. Tu pun lepas gua dah dapat gaji pertama nanti. Tu pun kalau gua dapat kerja. ???

1 ulasan: