Gua dah ketandusan idea untuk tulis kat blog. Hidup gua sekarang dah tak macam dulu. Dulu gua kat Melaka, sekarang gua jadi anak mak. Gua dah tak tau nak buat apa kat bandar zombi ni. Dah macam orang bangang pun ada. Alih-alih mamak jugak tempat paling function nak lepak. Muka gua pun dah macam roti tampal gua rasa. Menyesal juga gua ikut mak gua pindah sini masa darjah 6 dulu. Tapi kalau gua tak ikut macam mana gua nak survive. Dah lah kecik lagi. Sifir 26 pun tak hafal lagi masa tu.
Hari-hari gua rasa gelisah duduk kat rumah. Kerja tak dapat lagi. Al-ikhsan punya manager entah apa berita. Cerita nak call gua. Miss call pun tak ada. Gua dah praktis berdiri lama-lama. Tak ada lah rasa nak pitam bila kerja nanti. Gua pun dah simpan niat nak beli kasut futsal potongan harga pekerja ni. Old Town juga gua apply nanti. Dengar cerita pembancuh kopi diorang dah kena pecat sebab bancuh kopi sekali dengan air peluh. Kat surat kompelin banyak tertulis 'kopi anda terasa masin'. Hak tuih. Loya tekak gua.
Kawan-kawan gua pulak masing-masing ada hal sendiri. Kebanyakannya sibuk dengan latihan industri. Bagus juga. Cari pengalaman. Tak ada lah terhegeh-hegeh bila dah berkerjaya nanti. Malam baru dapat lepak. Baru-baru ni 2 malam tak ada orang ajak gua keluar. Celaka. Balik-balik gua kena layan Astro Awani. Apa jadah. Gua nak online sorang-sorang kat medan selera puna agak segan. Gua paham dah orang Putrajaya ni. Asal nampak budak intelek macam gua ni online, diorang mesti syak gua bukak porno punya. Fuck you!!!
Hati gua hari-hari berdebar. Gua tak tau apa sebab. Mungkin ada satu faktor yang jadikkan benda ni. Gua syak ramai orang tengah mengumpat pasal gua. Gua tau lah gua tak hensem tapi kacak bergaya serta pandai main karom, kenapa pulak gua jadi mangsa umpat. Tapi tak mungkin. Siapa nak ngumpat pasal gua. Gua bukan ada masalah dengan sesiapa pun. Mungkin Allah nak suruh gua dekatkan diri dengan Nya. Baru gua boleh tenang. Dengan pelbagai masalah lagi. Mengadakan sesi rohani boleh juga kurangkan kadar degupan jantung. Esok juga gua pergi beli kopiah. Bismillahirahmanirahim...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan