28 Januari 2010

20 Sekolah Masuk World Cup

Baru-baru ni gua ada baca paper pasal 20 sekolah cool kat Malaysia. Sekolah gua tersenarai. Sekolah-sekolah yang terpilih ni diberi kelebihan sikit. Tapi gua tak nampak pun statement kelebihan boleh fly sesuka hati atau persatuan warden dibubarkan. Gua tak ambik kisah sangat pun sebab gua mana setaraf dengan istilah sekolah sekolah ni. Pfffttt.

Kat sini gua cerita sikit kelebihan-kelebihan tu.

Fleksibel Dalam P&P Serta Silibus
Bagus-bagus, lepas ni gua harap ada subjek menendang bola dengan baik dengan subjek menendang junior dengan baik.

Boleh Guna Bahasa Lain Selain Bahasa Melayu
Kalau asyik buat kelas tambahan Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar kebanyakan, jangan mimpi nak set kan satu hari kena cakap Bahasa Inggeris sepanjang hari.

Boleh Tetapkan Waktu Pengajaran Minimum
Yang ni gua tak paham. Maksud dia cikgu boleh keluar awal kot.

Memanjangkan Waktu Sekolah
Gua yakin cikgu panjangkan waktu sekolah suruh budak stay dalam kelas buat latihan. Cikgu pulak main nyorok-nyorok dalam bilik guru.

Student Cemerlang Boleh Skip Form
Budak PMR yang cemerlang boleh skip terus pergi ambik SPM. Umur 22 dah habis degree. Umur 25 anak dah 2.

Fleksibiliti Untuk Agihkan Kewangan Mengikut Keperluan
Lepas ni koop dah tak boleh letak harga mahal-mahal. Aiskrim koneto original kena letak seringgit. Baru budak-budak kenyang masa waktu rehat. Tak tertidur waktu P&P.

Bajet Tambahan Antara RM500,000 hingga RM1,000,000 setahun
Kalau Dewan Makan hidang lauk ikan kembung kulit kayu lagi memang diorang biadap. Patut terajang ramai-ramai.

Mengambil Staf Berdasarkan Prestasi Pencapaian dan Bukan Kekananan
Maknanya kalau ada auntie cleaner pandai bagi lecture kat budak-budak yang buang sampah merata-rata, suruh dia sain kontrek secepat mungkin. Bagi dia subjek senang-senang. Pendidikan Moral misalnya.

Boleh Bayar Lebih Kat Staf Yang Buat Overtime
Kat warden tak payah nak bayar lebih. Diorang dah tentu overtime 24 jam.

Boleh Pecat Staf Tak Bagus
Yang ni gua dah boleh agak pengetua sekolah gua mesti suka. Dia memang macam tu. Makcik sickbay pun tak suka dia. Gua apatah lagi.

Setakat tu je yang gua boleh bagi. Ada juga gua tak tulis sebab gua tak paham. Macam mana pun tahniah juga kat sekolah-sekolah lain. Secara jujurnya gua tak setuju langsung sekolah gua tersenarai. Kalau pengetua sekolah gua bertukar tangan kepada mana-mana bekas pelajar sekolah gua, baru gua sokong. Selamat untuk semua.

5 ulasan:

  1. tp yg sure koleq pon dh kna join bnda ni..nape nk tuka2..bru je bpe thun lpas sek kluster,ni sek berprestasi tggi plak..byk btol nama die..

    BalasPadam
  2. sejak bile pulak lu concern pasal bende2 ni..jgn ckp lu nk jadi menteri pelajaran malaya

    BalasPadam
  3. gua dah terjadi minat pulak dalam bidang pendidikan ni. Gua sayang anak generasi akan datang sebenarnya. Kehkehkeh.

    BalasPadam
  4. jack jom jadi cekgu! cukup 10 orang macam kau *ngan aku* memang ramai student jadi genius an.

    BalasPadam
  5. Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    BalasPadam