08 November 2009

Profesionaliti

Gua dah siap sedia. Gua tak pakai baju merah. Gua tak cat muka. Tapi gua dah redi nk tengok Kelantan main. Gua bukan orang Kelantan. Gua hanya saja-saja nak sokong. Disebabkan Selangor tewas pada suku akhir, gua dah tak tau nak sokong mana. Gua pun buat kata putus kat fesbuk tadi bahawa gua nak sokong Kelantan. Nasib baik tak ada orang nak kondem gua.

Gua dengan Afiq (selaku penyokong setia Kelantan) tiba di restoran Seri Otai awal setengah jam. Beliau takut tak dapat seat. Gua cakap dalam hati, gua tepuk dada, main rangka, tanya diri. Ada ke orang nak tengok Piala Malaysia? Gua silap. Sampai-sampai je, dah 3 table kena riserb. Orang Kelantan semuanya. Gua dah rasa macam kat Kelantan tadi. Kebetulan. Tokeh Seri Otai tu pun orang Kelantan. Nasib baik ada sejemput budak-budak Negeri Sembilan tadi sembang pasal Paroi. Apa jadah? Terus gua berada di Melaka balik.

Gua tengok awal-awal game, Kelantan agak conquer padang. Dengan serangan satu dua tapi masih tak cukup nak tembus defen Negeri Sembilan. Indera tak patut main wing kiri. Dia lebih elok main top striker. Tapi apekejadah entah diorang main. Gua pun tak paham. Sikit-sikit nak direct pass, long pass. Bola tak dapat nak main kotor. Pijak peha, cuit kaki, tarik tangan, cium pipi, tarik tali kasut, bukak shin pad, macam mana nak skor. Kalau diri sendiri pun dah tak profesional, macam mana bola Malaysia nak maju.

Sebenarnya, dari sudut pandangan gua, bola Malaysia bukan hanya sebab player tak profesional. Penyokong dan refree juga harus profesional. Player kita bukannya tak hebat. Tak cukup je lagi. Kadang-kadang diorang pun terpengaruh oleh faktor luaran. Cuba kalau penyokong juga profesional. Tak ada rusuh..mercun tak bawak..tengok bola tak macam tengok gusti..tak baling-baling botol air..tak bakar-bakar kerusi. Kadang-kadang players pun jadi cuak dan hampa tengok fan sendiri buat macam tu. Diorang nya main lagi lah pressure..kita yang tengok saja nak lebih-lebih apadahal?

Refree pun sama. Diorang sepatutnya pergi belajar dengan otai-otai luar negara cara nak jad refree dengan baik. Tu, pak cik botak anak mata kecik tu. Dia dah bersara..hantar lah email ke..chat dalam fesbuk ke..mintak dia tips-tips nak jadik refree kesukaan ramai. Baru lah senang nak buat decision. Gua lagi menirap gila tengok lines man. Orang tak ofside dikiranya ofside. Jaga line ofside bukannya ikut semua orang. Ikut lastman player dah lah. Yang ngada-ngada lari-lari semua tempat bikin sendiri penat nak buat apa? Nak tunjukkan lu tu komited kat depan Sultan?? Cuba tanya linesman-linesman otai. Macam mana caranya nak dapat akurasi dalam jaga line ofside. Kalau refree pun dah profesional..dari situ lah player rasa puas. Tak ada perasaan rebelious pun dalam diri.

Buat masa ni hanya dua faktor je gua detect pasal bola Malaysia ni. Gua harap semua orang treat bola sepak sebagai satu game yang enjoy dan entertaining. Profesional sikit. Jadi matang. Kita semua tak bodoh. Pandai main bola dari kecik lagi. Beli but mahal-mahal sebab tau diri kita hebat. Tapi kalau kita pun tak wakil jauh mana, nak kritik-kritik profesional main tak betul dengan diri sendiri pun tak boleh nak pikir secara profesional, macam mana nak maju. "Main bola tak boleh nak ikut cara Eropah, kita Malaysia." Hak tuih! Seni adalah tiruan dan ilham daripada sekeliling. Bola pun seni. Ikut gaya Eropah. Treat it profesionally.

3 ulasan:

  1. stadium pun ble kna bakar isk3, gapo nak jd~

    BalasPadam
  2. Indera Putra jgk yg kick cantik di saat akhir. Tapi team kelantan memang tak patut dow buat havoc. Orang yg padamkan api kerusi pun kena baling botol.. Sian orang tu...

    BalasPadam
  3. gua merah,tp gua stuju ape lu cakap
    ni la masalah ble org xbyase g stadium dtg stadium....
    dgr final je,sume dtg...
    dtg wat hal. kechewa2

    BalasPadam