Gua memang susah nak bangun subuh. Lagi-lagi zaman gua baru nak rasa duduk asrama ni. Nasib baik hari tu bukan turn gua jadi penghulu. Jangan harap batch gua nak bangun awal masa turn gua nanti. Pandai-pandai la bangun sendiri. Kunci jam elok-elok letak sebelah telinga. Lepas tu kalau berhati perut kejutkan gua.
Masuk ni baru tiga orang jadi penghulu. Gua turn yang ke-40. Lambat lagi. Banyak masa lagi gua nak train diri gua bangun awal. Tugas penghulu tak susah mana. Asal pandai tekan loceng dah melayak kan diri jadi penghulu. Sesiapa tangan yang tak bedung masa kecik lain cerita. Bukan takat loceng, tekan kalkulator nak jawab masa exam pun payah!
Penghulu ke-3 ni gua tengok ada ciri-ciri pemimpin masa hadapan. Gua dah rasa yakin yang hari ni semua benda mesti ok. Pagi-pagi lagi dia dah siap pakai uniform sekolah kejut budak bangun subuh. Semua lincah-licah bangun. Gua macam biasa. Orang lain dah habis mandi baru gua pergi. Kalau tak memang segala jenis air masuk dalam kolah tu. Nak guna sinki pun kena ambil nombor.
Gua dah siap-siap nak turun subuh. Gua dah kemas katil kasi tegang cadar dengan selimut. Gua lempar syiling seposen. Syiling tu melantun balik. Tandanya katil gua kemas. Petua siapa entah gua percaya sangat. Syirik tau tak!! Lepas tu baru gua bergegas turun ke surau.
Sampai-sampai kat surau sembahyang subuh berjamaah tak start lagi. Nasib gua baik. Gua dah muak jadi ma'mum masbuk. Gua pun nak jugak pahala lebih. Terima kasih kepada penghulu ke-3 sebab tak start sembahyang lagi. Sembahyang subuh gua hari ni teratur dan agak khusyuk. Gua tak terlelap. Mata gua tak rasa ngantuk. Mungkin sebab gua buat 'toss coin' atas katil tadi kot.
Sembahyang subuh dimulakan. Suara penghulu tak lah semerdu mana. Kalau nak dibandingkan gua. Jangan harap gua nak baca al-Fatihah macam juara Tahfiz sekolah agama. Sekolah agama pun gua tak pergi. Gua terima seadanya. Asal sembahyang sudah memadai. Tapi gua rasa macam tertinggal sesuatu masa lepas iqtidal rakaat kedua. Kenapa penghulu terus sujud? Qunut mana? Nak tak nak jemaah follow je. Takkan nak berhenti terus. Tak proper la pulak. Nanti ada jugak orang mempertikaikan guru agama sekolah rendah. Tak baik mengumpat. Mungkin dia terlupa. Gua yakin penghulu mesti buat sujud syahwi lepas ni.
"Assalamualaikumwarahmatullah.. Assalamualaikumwarahmatullah.." Eh? Dah habis? Sujud syahwi mana penghulu? Tiba-tiba penghulu menghadap ke para jemaah..
"Assalmualaikum, sekarang semua sila sujud syahwi" umum beliau.
Wataheck??? Nasib baik tak guna mikrofon masa tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan