05 Oktober 2009

Cuai by Butterfingers

“Jumpa kat trafik light!” sembang budak SAS kepada teman sekelas beliau.

Lagaknya seperti ingin berlumba motor tapi beliau bukanlah seorang yang pernah terlibat dalam scene-scene rempit.

Pada masa itu gua berada di seat belakang EX5 Nami berpilotkan budak SAS. Gua yakin beliau boleh bawa gua ke mana-mana sahaja tempat yang gua hajatkan. Pada masa tu niat gua memang nak ke masjid sebab kredit sembahyang Jumaat gua dah tamat tempoh. Hanya budak SAS yang boleh sebab beliau ada lesen L sedangkan gua tak ada apa-apa lesen pun.

“Eh, baiknya budi pekerti mereka berhenti kat trafik light UTeM ni,“ gua tau apa yang bermain dalam minda budak SAS. Sememangnya trafik light UTeM adalah trafik light paling lembab semalaya. Jalan tu memang jarang sangat kereta lalu-lalang. Apasal pula nak tunggu hijau pun kena tengok timer tu sampai 2 minit? Hanya orang buta nombor sahaja yang boleh sabar menunggu. Budak SAS terus memecut EX5 Nami tanpa menghiraukan peraturan jalan raya yang ditaja khas oleh JPJ. Kalau lah JPJ ada letak jerat kat trafik light tu...

Kebetulan lampu isyarat baru sahaja bertukar hijau. Bukan main gembira budak SAS. Tidak lah beliau dituduh melanggar peraturan.

Tapi kenapa lu laju sangat mat rempit SAS? Kan dah tak sempat nak brek. Habis bercalar tubuh gua. Nasib baik gua landing kat tempat lembut. Lembut betul badan lu.

1 ulasan:

  1. ko jatuh jackbe??
    perghh
    ingat kan ko kaki indie jer
    rupenyer rempit gak ko ek

    BalasPadam