Gua ada masalah. Masalah gua besar. Semenjak gua masuk Universiti, gua dah terlibat dengan masalah ni. Lu orang nak tau masalah apa yang gua dapat? Masalah kewangan. Ya masalah kewangan. Celaka punya Ringgit Malaysia..
Lepas beberapa minggu gua hidup dekat Bukit Beruang, gua ingat masalah gua boleh setel. Sebab gua jumpa notis tawaran kerajaan pasal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Gua pernah simpan impian nak apply biasiswa. Tapi satu cerita pun gua tak dengar pasal biasiswa-biasiswa ni. Last-last, pinjaman yang gua jumpa. Gua malas nak pinjam-pinjam ni. Hutang Jijul masa form 3 pun gua tak bayar lagi. Tu pun RM50 sebab gua kempunan nak pakai adidas. Mungkin lepas gua buat pinjaman kerajaan ni boleh la gua bayar dekat lu Jijul. OK?
Pinjaman yang gua nak berhutang dengan kerajaan ni melibatkan gua tergolong dalam batch ke-2. Batch pertama dah seronok-seronok. Apa cerita Abun pun dah tinggal separuh je belen dia. Gua pun ada perasaan cemburu. Gua tekad kelompok ke-2 ni gua patut dapat.
Gua dah simpan angan-angan nak beli macam-macam bila dapat PTPTN tu nanti. Kalau Abun beli kamera klasik. Gua ingat gua pun nak beli satu. Tapi gua tak reti pakai kamera-kamera canggih ni. Jadi, gua cadang nak angkat kamera besar Nikon. Tangan gua hari-hari bergerak-gerak macam ambil gambar model orang kahwin. Kadang-kadang bila bilik gua free. Gua buat-buat macam gua tengah ambil gambar artis untuk majalah Wanita.
Lepas gua apply, kerajaan pulak bawa masalah dekat gua. Apa cerita lu ni orang PTPTN. Apasal gua bukak laman web lu keputusan gua tak dapat? Kenapa itu Budak Sas boleh dapat. Kenapa bila gua log in borang isi keluar balik? Gua punya cerita sama macam Sang Taro. Gua cuba mendapat khidmat dan kelebihan mak gua sebagai orang kerajaan. Kot-kot mak gua boleh tolong macam dia tolong gua masuk Universiti ni. Amacam mak gua? Sporting tak?
Sekarang PTPTN dah sampai kelompok keempat. Kelompok ketiga punya keputusan dah keluar. Gua cari nama gua. Tak ada. Nama Taro yang gua jumpa. Bila lu apply balik Taro? Gua ingat gua nak pinjam semua kawan-kawan gua yang dapat PTPTN. Seorang RM500. 7 orang dah boleh dapat full. Gua nak buat PTPTN sendiri. Amacam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan